TAHUKAH ANDA ????
Ikhsan MedikTV |
Bawang putih sering kali digunakan di dalam masakan masyarakat Melayu kita. Tetapi berapa ramai yang sedar akan manfaatnya kerana seringkali kita mengasingkan hirisan bawang putih semasa makan. Betul ke betul??
Selain mudah untuk didapati, bawang putih sebenarnya sangat baik untuk kesihatan. Antara manfaat bawang putih ialah :
1. Anti bakteria
Bawang putih terkenal dengan sifat antibakteria dan antivital. Ia membantu kawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan jangkitan cacing. Bawang putih segar dipercayai boleh membantu mengelakkan keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli dan Salmonella enteritidis.
2. Untuk merawat jangkitan kulit.
Bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih mampu rawat jangkitan pada kulit seperti ringworm
3. Mencairkan darah
Ciri-ciri anti-gumpalan pada bahan kimia dalam bawang putih bantu elak terhasilnya gumpalan darah dalam badan. Namun begitu, ia boleh menyebabkan risiko pendarahan ketika pembedahan.
4. Mengurangkan tekanan darah.
Angiotensin II adalah sejenis protein yang bantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah. Allicin, bahan kimia dalam bawang putih bantu elak angiotensin II berfungsi dan bantu rendahkan tekanan darah.Polysulphides, bahan kimia yang ada dalam bawang putih ditukarkan kepada bentuk gas dipanggil hydrogen sulphide oleh sel darah merah. Hydrogen sulphide membesarkan saluran darah dan bantu kawal tekanan darah.
5. Melindungi jantung
Bawang putih melindungi jantung dari masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan atherosclerosis. Ciri-ciri perlindungan ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Melalui faktor umur, arteri semakin lama semakin sukar mengembang. Bawang putih boleh kurangkan masalah ini dan mungkin boleh bantu lindungi jantung dari kesan buruk radikal bebas. Bahan kimia yang mengandungi ciri sulfur dalam bawang putih mampu elak saluran darah dari tersumbat dan melambatkan proses atherosclerosis(arteri mengeras). Ciri-ciri anti gumpal pada bahan kimia dlm bawang putih elak gumpalan terjadi dalam saluran darah.
6. Merendahkan paras kolestrol
Bawang putih boleh merendahkan paras triglycerides darah dan kolestrol dan kurangkan pembentukan plak arteri
7. Melawan alergi
Bawang putih dikenali dengan ciri-ciri anti radang. Ia membantu badanmelawan alergi. Ciri-ciri ini adalah terhasil dari diallyl sulphide danthiacremonone. Bawang putih didapati boleh meningkatkan keberkesanan kepada radang alergy rhinitis. Jus Bawang putih mentah boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada ruam atau gigitan serangga.
9. Petua untuk masalah pernafasan
Penggunaan bawang putih setiap hari boleh mengurangkan kebarangkalian terkena demam dan selsema. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria dalam merawat tidak selesa pada tekak. Bawang putih juga mengurangkan jangkitanpada saluran pernafasan dibahagian atas. Ia juga membantu mengurangkan masalah asma dan susah nak bernafas menyebabkan ia menjadi bahan yang amazing.
12. Mengurangkan risiko barah
Pengambilan bawang putih setiap hari didapati boleh mengurang risiko terkena barah. Ia ada ciri-ciri anti barah kerana terdapat allyl sulphides ada dalam bawang putih. PhlP, sejenis heterocyclic amine (HCA) adalah bahan yang dikaji meningkatkan risiko barah payu dara dikalangan wanita. Menurut satu kajian, diallyl sulphide didapati di dalam bawang putih boleh menghalang pembentukan/penukaran PhlP kepada karsinogen.
Hahhh, sangat bermanfaat kan bawang putih ni. Jom amalkan nya. Mesti berkerut muka awak-awak ni, tak perlu risau Forever Living dah sediakan manfaat bawang putih dalam bentuk softgels untuk awak-awak semua.
Hahhh, sangat bermanfaat kan bawang putih ni. Jom amalkan nya. Mesti berkerut muka awak-awak ni, tak perlu risau Forever Living dah sediakan manfaat bawang putih dalam bentuk softgels untuk awak-awak semua.
No comments :
Post a Comment