Monday, 10 November 2014

Contraction About to Start!!! (Part 1)


3 September 2014 - " Ehhh, tetibe kuar lendir coklat masa mandi tadi." Walaupun dah tau tapi nak jugak tnya pada mama. Masa tnya tu muka mama dah nampak neves.

Mama : Ada rasa sakit yang kerap dan kejap-kejap tak?
Saya : Sakit yang kerap macam mana? (buat muka blurr)
Mama : Yela, sakit kejap-kejap tu.
Saya : Ada! Sakit perut nak beri-beri.. Sambil gelak jahat. Hehehe
Mama : Ahhh, bagus lah macam tu. Main-mainkan orang tua eh.

 dan terus tnya ada rasa sakit yangg kerap tak. Sambil sengih2 jawab ada, sbb nak buang air besar.. hahahaha.. Aduhai, perangai tak berubah walaupun dah kawen & nak ada anak sendiri. 
Melalui pembacaan diri sendiri yang tak berapa nak banyak ni, kuar lendir merupakan salah satu tanda yang menyatakan jalan untuk bersalin semakin hampir. Dalam debaran aktiviti harian masih blom terjejas. Weekend tu sempat lagi teman my bff hunting bawal Aidijuma dekat bukit di Bandar Baru Uda. Tambahan pula, banyak berjalan adalah salah satu senaman yang bagus utk mempercepatkan proses bersalin kan. 

Tanda-tanda nak bersalin 1 :
Kuar lendir coklat

Keadaan ini berterusan selama hampir seminggu. 

9 September 2014 - " Hepy bfday su!!'. Nama penuh dia soraya. Kami sama-sama belajar di UTM, course yang sama Fizik industri. Ermm, tetibe rasa nak makan udang goreng kunyit. Whatsapp mama ajak pegi pasar. Waktu tu dah pukul 10.00am. Mama kata dah lewat nak pegi pasar tapi mengenangkan mak buyung yang tengah sarat tu mama pun layankan lah. Kami pegi pasar besar larkin. Alhamdulillah, rezeki mak buyung ada, tapi mama cakap udang kecil2. Tak mengapalah mama yang penting ada.

Sampai rumah je terus bersihkan udang & masak goreng kunyit. Kebetulan mama buat sambal belacan & beli ulam raja tadi. Wallahhhh, mmg feverettt. Lunch tu makan tak hingat dunia. Bertambah-tambah tanpa sedar. Hahahaha.. Bolehhh gitewwww.. =)

Tengah hari berganjak ke petang. Petang tu tetibe rasa sengal-sengal pingggang macam memula nak period tu. Mengapakah tetiba??? Oohh ya, masa su nak bersalin dulu dia bagitahu dia sakit pinggang juga. Makin lama akan makin sakit, hari ketiga dia bersalin kan firas aryan. So, saya pun membuat andaian tiga hari lg baru bersalin kot. Boleh ke gitewww? 

Dalam tengah berandaian tu en husband pun pulang daripada bekerja. Cehhh ayat.. Memandangkan td dia skip lunch, so dia request nak dinner terus. Okey, pegilah si isteri ni prepare dinner. (bukan masak pun, panaskan je lauk tengah hari td) Huhuuu.. Alhamdulillah, en husband sangat la tak cerewet. Hahhh, nak bagitahu jugak ni masa dinner tu pun makan bertambah-tambah mak buyung ni bertemankan lenguh pinggang yang semakin terasa ni.

Menginjak ke malam kira-kira after isyak, rasa lenguh pinggang ditambah dengan rasa sakit yang tak tau nak gambarkan macam mana dan on off. Kejap sakit kejap tak, kejap sakit kejap tak. Keadaan ni membawa ke tengah malam sehingga ke pagi hari. Malam tu kebetulan en husband ada keje, jadinya dia kuar kejap. Memandangkan sakit ni on off, tergerak hati nak catat masa. Sebab terbaca dekat satu group, catat masa lagi senang nak tau kontraksi benar @ palsu. Gigih la mak buyung ni catat, tengok sela masa 10min, 7min, 8 min. Ehhh, dekatnya sela masa ni. Then call en husband bagitahu sakit dh kerap & cepat la balik. Dengan tenang hsband jwb, syg rehat la dulu eh, esok pagi kita pegi check up..


Jeng jeng jengggggg......





Bersambung.....

No comments :

Post a Comment

Post a Comment