Monday, 2 March 2015

Facing True Contraction!! (Part II)


Jom kita sambung cerita yang terhenti pada entri yang sebelumnya. Tahu tidak cerita pasal ape? Meh klik sini ye..  =)

10 September 2014, 12.00am - Diri masih gagah menahan sakit walaupun masa itu tidak pasti rupanya tengah menahan sakit kontraksi yang sebenar. Masa itu jugak teringat ada mummy2 dalam group ibu hamil & berpantang bagitahu, bila rasa sakit, catat masa sakit dan lihat sela masa. jika semakin hampir, sela masa akan jadi semakin singkat. Dan2 terjun dari katil amek pen & kertas, pastu terus catat. Dekat setengah jam tengok sela masa 10 min, 7 min, 8 min, 9 min........ Sedar sela masa agak singkat tapi masih menahan diri baring2 atas tilam dan tidak lama tu en husband pun balik daripada kerja. Sempat ngadu rasa sakit tapi boleh tahan lagi. Hsband just jawab pagi nanti kita gi hospital & dia pun lena tido kepenatan.

Tanda-tanda nak bersalin no. 2 :
"Sela masa sakit konsisten dan semakin singkat"

Rasa sakit semakin meningkat naik seiring berjalannya waktu. Huhuhuuu.. Pukul 2.30am masa buang air kecil ada darah sekali. Masih buat tak tahu padahal Dr gynae dah pesan kuar lendir + darah cepat2 pergi hospital. Masih mampu bertahannnn... Kekonon tak nak susahkan hsband yang baru balik kerja tadi kan. Semakin pagi semakin tak boleh tido semakin sakit yang teramat sangattttttt!! Ketuk bilik mama dan bagitahu sakit perut (kami duduk serumah ngan family). Mama terjaga dan terus tnya sakit dah kerap ke? Dah, jawab kita ngan tenang. Terus mama paksa pergi hospital. Masa nie terhegeh2 kejut husband. Nasib baik hsband sempat tido kejap, cian dia (love you sayang).. Hehehhh

Tanda-tanda nak bersalin no. 3 :
Kuar darah 

Okeyyy, tamat cerita kat rumah. Pukul 5am hsband drive pergi Colombia Asia Hospital Nusajaya. Perjalanan memakan masa 15minit je. Sunyi sepi & tenangggg walaupun diri nie ngah menahan sakit. Sesampai je hospital terus ke bahagian kecemasan & bagi appointment kad pada staf yang bertugas & terus diarahkan ke labour room di tingkat 1. Masuk labour room around kol 5.20am.

Semasa dalam labour room, Prosedur biasa nurse akan cek degupan jantung baby & ukur tahap kesakitan kontraksi. Omputeh panggil CTG process, gitulahhh.. Dekat 20 minit jugak process ni, aduhhh lama sungguh rasa. After tu, nurse bagitahu nak cek bukaan jalan. Dalam hati debarnya la haiii.. Rela dalam terpaksa & redha, nurse bagitahu dah buka 5cm....... Terus keluar nada terkejut. 5cm!!! Another 5cm baby boleh kuar dahhhh.. Meaning saya akan bersalin tidak lama lagi nie. Jeng jeng jennggggg..

Sepanjang dalam labour room, hsband sentiasa di sisi, suapkan kurma untuk simpan tenaga. Hanya kurma & air zam zam. Even hsband beli sandwich, tak boleh nak telan disebabkan sakit yang amat sangat. Tidak boleh nak describe macam mana. Mama  pula sambil menunggu kat luar LR membaca al-quran.  Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Yang pastinya sakit itu akan membuat kita lebih sayang & hargai ibu kita. 

Petua untuk ibu2 di luar sana, belajar la bagaimana mengawal penafasan sepanjang tempoh kontraksi & semasa bersalin kerana perkara ini sangat2 akan membantu anda. Sewaktu level kontaksi semakin tinggi, pernafasan yang cepat amat2 membantu mengurangkan rasa sakit. Percayalah kerana saya dah mencubanya. Tetaplah bernafas dalam kesakitan & jangan sekai-kali menahan nafas untuk menahan sakit kerana itu akan lebih menyakitkan. 

Tepat pukul 8.14am, air ketuban pecah dengan sendirinya. Air tu rasa suam-suam panas. Yang penting sangat selesa sepanjang ia mengalir di kaki. Terasa kebanjiran jugak kat atas katil labour room tu. Tepat 8.37am, lahirlah seorang khalifah Allah yang diberi nama Adam Harith b. Mohd Izuan dengan berat 3.06kg. Alhamdulillah.. Tiada koyakan yang besar dan tiada jahitan, hanya luka sedikit sahaja.

Setelah selesai proses kelahiran, ada aksi yang mendebarkan. Nak tau ape?? Hehee.. Mentang2 lah tiada jahitan, duduk bersila atas katil after nurse siapkan diri untuk dipindahkan de dalam wad. Menjerit mama after nampak anak dia buat mcm tu. Ishhhh3.. 

Sekian sahaja cerita daripada saya. Moga-moga perkongsian ini dapat membantu ibu2 yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Ingat ye, kawal pernafasan & makanlah kurma sebanyak mungkin kerana ia merupakan sumber tenaga segera. 

P.E.A.C.E!! 


(abaikan muka "natural beauty" kita ni =D)

No comments :

Post a Comment

Post a Comment