TENTANG SAYA

Assalamualaikum WBT. & Hai semua.

>> SIAPA SAYA <<

“ALHAMDULILLAH di atas segala nikmat rezeki yang telah dikurniakan oleh-Nya. Sesungguhnya apabila kita mensyukuri setiap dari-Nya, maka Dia akan menambah nikmat itu.”

Nama saya NURUL FATHEYAH BINTI ISMAIL. Saya adalah seorang Suri Rumah sepenuh masa, seorang bekas penuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru & memiliki segulung Ijazah Sarjana Fizik. Selepas tamat belajar, saya berharap untuk terus mendapatkan pekerjaan memandangkan telah banyak resume dihantar.



 Itulah kebiasaan yang orang tua-tua selalu pesan kan. Tapi itu tak terjadi pada saya. Walaupun memiliki segulung Ijazah, saya gagal mendapatkan pekerjaan. Sudah tentu perasaan RENDAH DIRI yang teramat sangat menghantui saya.


 Demi nak menyedapkan hati sendiri, saya selalu berkata “Mereka tak mampu nak bayar gaji saya, sebab tu mereka tak hire saya.”. Walaupun begitu saya  tak berputus asa, saya bekerja sambilan sebagai guru ganti selama 2 tahun.

Keluarga sentiasa memberi dorongan dan sokongan. Selepas itu saya mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati. Alhamdulillah, suami memahami & setelah melahirkan anak sulung kami, saya mengambil keputusan untuk menjaga sendiri zuriat pinjaman Allah ini. Sekarang, saya lebih gembira dengan kehidupan saya & juga kerjaya baru saya sebagai Forever Bussiness Owner.

>> PENGALAMAN BISNES <<

            Untuk pengetahuan semua, sebelum bergiat aktif di platform Forever saya pernah terjebak dengan salah satu syarikat MLM H**O yang kini dipanggil SH*M. Saya akui, produk-produk yang ada di syarikat tersebut sangat berkualiti & banyak manfaatnya TETAPI, sistem yang digunakan melibatkan ORANG TENGAH, KUMPUL PV/BV dan juga PAIRING.



Sistem ini sangat tak praktikal walaupun telah melahirkan ramai Crown Diamond Manager. Jangan terkejut, bekas CDM SH*M telah banyak beralih arah ke platform Forever, salah satunya ialah GLT Juraidah Mohamad. Baru-baru ini sahaja, orang kuat C****Y yang memiliki 15 buah stokis juga telah beralih ke platform Forever.

Nak tau apa yang membuatkan mereka beralih arah???? Tungguuu.. Saya akan cerita kemudian.

>> KENAPA SAYA YAKIN DENGAN FOREVER <<

Julai 2015 secara rasminya saya telah di daftarkan sebagai Forever Bussiness Owner di Center Nusa Bistari oleh Kak Miza. Beliau merangkap kakak sepupu saya & juga cikgu bisnes saya. Saya setuju untuk mendaftar kerana saya memang tengah mencari peluang untuk menjana pendapatan memandangkan saya “fulltime housemaking mummy.”
Tambahan pula, Kak Miza berpengetahuan luas dalam bidang bisnes ni. Kenapa tidak saya berGURU dengan beliau. Dengan keahlian RM90 seumur hidup, saya dapat FREE sebotol aloe vera gel. Pada saya, itu dah sangat menguntungkan sebab pada masa sama kita boleh rasa sendiri kebaikan aloe vera ni.

Sebagai tambahan, saya & keluarga juga mengamalkan Arctic Sea, Absorbant-C & juga madu. Saya dapat rasakan ia dapat membantu beberapa masalah saya & juga keluarga saya terutama abah saya yang sedang menjalani dialisis tiga kali seminggu.
Maklum balas daripada jururawat yang membuat pemerhatian terhadap kesihatan abah saya mengatakan,

 “ Pakcik nampak sihat sikit ye. Lebih cergas & kurang letih.” - Nurse

Selain itu, maklum balas daripada mama & abah saya pula;

“ Kakak, mama suka minum aloe vera + pomesteen + madu. Badan mama rasa ringan bila bangun pagi.” – Mama

” Minum aloe vera abah rasa ringan sikit perut ni. Lembut pun ye. Kalau tak, keras je perut ni. “ -  Abah

Inilah antara kata-kata yang membuatkan saya lebih yakin untuk terus berada di Forever. Produk-produk yang HEBAT & dapat menambah nilai kesihatan ahli keluarga saya.

“Sayang, sy suka deodorant ni. Keje tengan panas peluh2 pun tak bau.” – Mr Husband

            Ada satu ketika, Kak Miza personal mesej saya kerana ada customer pesakit buah pinggang yang mengamalkan Aloe Vera Gel sihat tanpa perlu buat tapak & seterusnya menjalani dialisis,

            “Kak, kalaulah kita jumpa FLP dulu sebelum abah dialisis.” – Kak Miza

            “Pasti ada hikmah setiap kejadian Kak Noi.” – Saya

Hanya itu jawapan yang mampu saya berikan. Hanya bersangka baik dengan qada’ & qadar Allah. Siapa kita untuk melawan. Sememangnya abah saya sangat rapat dengan anak saudaranya & mereka juga turut bersimpati dengan keadaan abah saya. Banyak aktiviti terbatas & dia tidak seaktif dulu.

Saya juga sangat teruja untuk menambah nilai kesihatan mereka yang berada di sekeliling saya & juga di luar sana. Mudah-mudahan, Allah permudahkan niat saya ini. Amiin.

Semakin hari saya semakin faham dengan SISTEM & KONSEP yang digunakan di platform Forever. Pelan pemasaran juga sangat mudah untuk dikongsi dengan individu lain, ini jauh sekali dengan syarikat MLM yang sebelum ini saya join.

Berkaitan KEUNTUNGAN pula, ia dibayar daripada untung runcit, 15% hingga 48%. Tambahan produk-produk di Forever semuanya sangat BERMANFAAT & ada keunikan tersendiri. Paling paling penting, ia adalah berasaskan MAKANAN SUNNAH yang memang disarankan oleh kekasih Allah kita, Nabi Muhammad SAW.

>> PERASAAN BERADA DALAM AL-UJAB CLAN <<

            Al-Ujab bermaksud YANG AJAIB & Clan pula bermaksud KELUARGA. Seiring dengan nama yang diberikan, memang sangat AJAIB bila saya berada dalam al-Ujab Clan.




Daripada tak pandai buat jualan, saya berjaya membuat jualan RM4000 sebulan pada bulan pertama saya terlibat dengan bisnes online ni. Alhamdulillah.


            Daripada al-Ujab Clan juga saya belajar banyak perkara berkaitan marketing teknik. Kak Miza sebagai pengasas kumpulan ini tak pernah lokek ilmu tiap kali bila diajukan pertanyaan. Sentiasa memberi kerjasama & tunjuk ajar kepada rakan kongsi beliau.

Al-Ujab Clan yang lain juga sangat menyokong antara satu sama lain. Jujurnya, saya sangat teruja & berterima kasih kepada Kak Miza kerana menyediakan kami satu platform yang lengkap untuk kami belajar bersama-sama berkaitan FB Marketing Teknik.


            Melalui al-Ujab Clan juga saya belajar untuk jadi seorang ketua yang baik serta membantu kepada rakan-rakan kongsi saya yang berada di Ampang, Puchong, Perak & juga Johor Bahru.


Akhir sekali, buat sahabat-sahabat di luar sana yang masih tercari-cari peluang untuk menjana PENDAPATAN tambahan, buang rasa malu & segan tu & whatsapp saya di
+6013-7011786 THEYA. Kita borak-borak santai ye.

“ THE POWER OF FOREVER IS THE POWER OF LOVE”


>> GOAL SETTING 2016 <<

            Kini kita telah berada di bulan April 2016. Goal setting saya untuk tahun ni adalah;

i.                    Tersenarai sebagai salah seorang Chairman Bonus Manager Level 1 Nov 2016

ii.                  Tersenarai sebagai penerima FOREVER2DRIVE Level 1 September 2016.

iii.                Saya nak bantu lebih ramai lagi SIHAT diri & SIHAT poket.

iv.                Meramaikan ahli jemaah AGEN saya di seluruh Malaysia, Singapura & Brunei.


Amiin amiin amiin, Ya Rabbal A’lamiin..



Anda berminat utk menjana income dgn bisnes supplement online & offline bersama ALUJAB CLAN?

Klik website kami ye,

www.alujab.com/theyaismail

No comments :

Post a Comment

Post a Comment