Tuesday, 7 April 2015

Manfaat Bawang Putih Yang Mengagumkan

TAHUKAH ANDA ????

Ikhsan MedikTV

Bawang putih sering kali digunakan di dalam masakan masyarakat Melayu kita. Tetapi berapa ramai yang sedar akan manfaatnya kerana seringkali kita mengasingkan hirisan bawang putih semasa makan. Betul ke betul??

Selain mudah untuk didapati, bawang putih sebenarnya sangat baik untuk kesihatan. Antara manfaat bawang putih ialah :

1. Anti bakteria

Bawang putih terkenal dengan sifat antibakteria dan antivital. Ia membantu kawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan jangkitan cacing. Bawang putih segar dipercayai boleh membantu mengelakkan keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli dan Salmonella enteritidis.

2. Untuk merawat jangkitan kulit. 

Bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih mampu rawat jangkitan pada kulit seperti ringworm

3. Mencairkan darah

Ciri-ciri anti-gumpalan pada bahan kimia dalam bawang putih bantu elak terhasilnya gumpalan darah dalam badan. Namun begitu, ia boleh menyebabkan risiko pendarahan ketika pembedahan.

4. Mengurangkan tekanan darah.

Angiotensin II adalah sejenis protein yang bantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah. Allicin, bahan kimia dalam bawang putih bantu elak angiotensin II berfungsi dan bantu rendahkan tekanan darah.Polysulphides, bahan kimia yang ada dalam bawang putih ditukarkan kepada bentuk gas dipanggil hydrogen sulphide oleh sel darah merah. Hydrogen sulphide membesarkan saluran darah dan bantu kawal tekanan darah.

5. Melindungi jantung

Bawang putih melindungi jantung dari masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan atherosclerosis. Ciri-ciri perlindungan ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Melalui faktor umur, arteri semakin lama semakin sukar mengembang. Bawang putih boleh kurangkan masalah ini dan mungkin boleh bantu lindungi jantung dari kesan buruk radikal bebas.  Bahan kimia yang mengandungi ciri sulfur dalam bawang putih mampu elak saluran darah dari tersumbat dan melambatkan proses atherosclerosis(arteri mengeras). Ciri-ciri anti gumpal pada bahan kimia dlm bawang putih elak gumpalan terjadi dalam saluran darah.

6. Merendahkan paras kolestrol

Bawang putih boleh merendahkan paras triglycerides darah dan kolestrol dan kurangkan pembentukan plak arteri

7. Melawan alergi

Bawang putih dikenali dengan ciri-ciri anti radang. Ia membantu badanmelawan alergi. Ciri-ciri ini adalah terhasil dari diallyl sulphide danthiacremonone. Bawang putih didapati boleh meningkatkan keberkesanan kepada radang alergy rhinitis. Jus Bawang putih mentah boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada ruam atau gigitan serangga.

9. Petua untuk masalah pernafasan

Penggunaan bawang putih setiap hari boleh mengurangkan kebarangkalian terkena demam dan selsema. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria dalam merawat tidak selesa pada tekak. Bawang putih juga mengurangkan jangkitanpada saluran pernafasan dibahagian atas. Ia juga membantu mengurangkan masalah asma dan susah nak bernafas menyebabkan ia menjadi bahan yang amazing.

 12. Mengurangkan risiko barah


Pengambilan bawang putih setiap hari didapati boleh mengurang risiko terkena barah. Ia ada ciri-ciri anti barah kerana terdapat allyl sulphides ada dalam bawang putih. PhlP, sejenis heterocyclic amine (HCA) adalah bahan yang dikaji meningkatkan risiko barah payu dara dikalangan wanita. Menurut satu kajian, diallyl sulphide didapati di dalam bawang putih boleh menghalang pembentukan/penukaran PhlP kepada karsinogen.




Hahhh, sangat bermanfaat kan bawang putih ni. Jom amalkan nya. Mesti berkerut muka awak-awak ni, tak perlu risau Forever Living dah sediakan manfaat bawang putih dalam bentuk softgels untuk awak-awak semua. 


Tuesday, 31 March 2015

Gendong Bayi

Semenjak ada anak ni,pape yang kita nak buat atau ke mana kita nak pergi mesti fikirkan si kecil. Keselesaan dia menjadi keutamaan. Satu perkara yang kita perasan dan membuak-buak untut tau cara nak bawa baby selain gunakan stroller, macam mana nak bawa dia di tempat yang sesak dan mungkin agak sempit??  Ha ahhhh.. Paham-paham je la, kita nie memang suka berjalan. Kalau boleh tak nak ada istilah "Tak boleh pegi tempat tu sebab ada baby".. BIG NO! 

Suatu hari tu dok la intai-intai facebook kawan lama kita sama-sama belajar kat UTM dulu. Tetibe ternampak dia join group "Selat Tebrau Babywearers". Kita pun terus la join dan cuba mengenali ahli group tersebut. Ahli group ni kebanyakannya memang duduk area Johor Bahru. Selalu jugak dorang buat gathering bagi newbies cuba pelbagai jenis gear yang dorang ada. Jadinya, kepada newbies-newbies tu nanti mudahlah sikit nak memilih gear yang sesuai ikut peringkat umur anak. Yang pasti, mereka semua sangat friendly.

Alhamdulillah, banyak info kita dapat dalam group tu. Tergoda jiwa raga lihat gear-gear yang dorang ada. Maka suatu hari tu kita ajaklah mr Husband join one of their mini gathering kat Taman Rekriasi Setia Tropika. Walaupun mr Husband macam keberatan nak pegi tp dia layankan saja mrs Wife ni. 

Since that time Adam Harith baru 3 bulan umurnya, maka kami dapat cuba wrap & ring sing (RS) saja. Jujurnya, saya prefer ring sling instead of wrap sebab wrap kna lilit-lilit & saya memang tak pandai. After kita cuba RS, kita goda plak mr Husband.

mrs Wife : Syg, best la bawa adam guna RS nie. Syg cubalah eh. Saya tolong pakaikan.
mr. Hsband : Ok.
mrs Wife : (yes! once dia rasa mesti dia akan suka. senanglah nak racun beli nanti.)

After a few minutes dengan bantuan one of the senior ahli group,

mr Husabnd : Syg, cuba amek gambar saya & adam ni.
mrs Wife : Bole-bolehhhhhhhhh.. Selesa x? Rasa dia dekat ngan kita kan?
mr Husband : Aah. (terus dok cium-cium adam).



Cumey ayah & adam macam nie. Ibu suka 1000x. =)

After that, kami terus balik sebab baby adam meragam. Papepun terima kasih pada semua ahli group yang banyak membantu kita.

Tuesday, 10 March 2015

Devil Food Chocolate Cake


Assalamualaikum dan selamat petang

Petang-petang macam ni best kan kalau dapat makan kek ke pisang goreng cheese leleh ke, kacang pool ke. Aishh, masa perut tengah lapar ni, mulalah mengidam macam-macam. Dushhhh!!

Tabahlah wahai perut ye, nanti kita gi cari. Nak share satu perkara ni. Pasal makanan, khususnya pasal kek. (senyum sikit, hehe) Aritu masa birthday my abah pada januari lepas, kita order kek ngan kawan kita nie. Dia baru je berjinak-jinak dalam bidang bakery. Tapi kan,, tapi kann,, kek yang dia buat memang superbb sedap. Masa tu kita order mini Devil Food Chocolate Cake (DFCC). Wahhh, nama dia tu kan mcm berhantu sangat. Tapi siyes memang sedap. Rasa devil chocolate tu seimbang ngan masam strawberry + cream. Siap ada biskut lagi.

Memula tu idak la tau dia pandai buat kek, tup-tup je kuar satu persatu kek hasil tangannya. Kalau kat mata dah tertawan, menurun ler ke hati dan mulut untuk memakannya. Terus la tangan ni amek phone dan whatsapp ke dia. 

Jengg jeng jenggg.. Tibalah hari yang dijanjikan, kek dijemput dekat opis dia. Teruja nak tengok kek yang cumey tu + tak sabar nak makan. Meh kita tunjuk gambar kek yang dimaksudkan untuk tatapan awak semua ye.. 

Taraaaaaaaaaaaaaaa...



So, ape pendapat awak semua?? Teruja bukan nak rasa? Kalau awak semua nak rasa, boleh la order ngan mummy Fiza. Pasti awak semua akan berpuas hati. Harga pun berpatutan, untuk mini DFCC ni RM50 je. Pastikan juga awak semua duk area johor bahru ye. =) Satu lagi kalau awak semua nak tengok hasil tangan mummy Fiza nie boleh #thatsmycakes kat instagram ye. 

Wednesday, 4 March 2015

Mari Berpantang


Selalu kita dengar, kena jaga betul-betul semasa dalam proses berpantang demi kesejahteraan keluarga pada masa akan datangg. Diakui kebenarannya walaupun ada masa-masanya kita rasa leceh bila kena pakai param, pilis dan sebagainya.

Bagi saya, boleh untuk kita skip beberapa amalan orang dulu-dulu tapi kena pastikan kita gantikan dengan cara moden yang memberi manfaat yang sama. Once after sampai rumah setelah discharge, saya mandi bersama sabun hijau marine essence (gantikan herba sebab belum beli, huhuhu). Bau wangi daripada sabun tu sangat-sangat menyegarkan saya. 

Selepas mandi, saya melalui proses berurut oleh mama saya. Sangat la besttttt. Semasa proses berurut, rahim disengkak bagi memastikan rahim berada pada tempatnya. Agak sedikit sakit tapi masih boleh bertahan. Mama urut seluruh badan selama 7 hari. Memang rasa sangat-sangat dimanja oleh semua. Indahnya menjadi seorang wanita, isteri, anak & ibu. Selepas tujuh hari berurut dengan mama, sambung pula oleh bidan sebenar iaitu my makcik. Makcik saya nie bidan bertauliah tau. So kepada awak-awak sume boleh call dia untuk dapatkan khidmat urutan tradisional atau urutan berpantang dan sebagainya. Highly recommended! Selepas berurut, susu pun keluar dengan mencurah-curah. Alhamdulillah, rezeki my baby.

(Ihsan gambar Google)

Pilis dan param pula mengambil alih selepas badan dilumur dengan minyak semasa proses berurut. Pilis ni membantu membuang angin di kepala bagi mengelakkan kita pening kepala. Param pula membantu memanaskan badan supaya angin tidak masuk ke dalam badan. Param ni juga mampu memutihkan serta menghaluskam kulit. Tak percaya?? Cuba lah sendiri. =)

Sebelum pilis dan param mengamil alih tadi, kena lah berbengkung dulu. Untuk permulaan, saya guna bengkung tradisional yang kena lilit-lilit tu. After a week, saya terus sarung one set Premium Beautiful. Feeling sangat lain di mana, dengan pakai PB badan rasa lebih fit & firm. Breast pn banyak kuarkan susu. Satu hal lagi, rahim cepat kecut dan berada di tempatnya dengan cantik. My Dr gynae puji rahim cepat kecut. Senyum kambing kita. 

(Ihsan gambar Google)

Sambil-sambil berehat, kita bertungku pula. Saya guna batu sungai, Nampak tak keklasikannya di situ. Padahal ada je seller online jual tungku moden kan. Tapi batu sungai ni best, panas pn tahan agak lama. Saya beli kat kedai jual ikan tu je. After bertungku, kuar seketul darah beku. Nampak tak kebaikannya?? 

(Ihsan gambar Google)

Pastikan, kaki sentiasa memakai stokin bagi mengelakkan angin masuk dalam badan juga ye. Pastikan juga kita banyak makan nasi serta sayuran-sayuran dan buah-buahan bagi membanyakkan susu badan serta elak sembelit. Bagi saya, tambahan supplement Ostemetrix sangat membantu saya membuang segala toksin dalam badan. Jadinya badan terasa ringan. Yippie! 

Pada pendapa saya, dua minggu pertama after melahirkan adalah satu tempoh masa yang sangat kritikal. Pada masa tu kita mencuba untuk menyesuaikan diri dengan baby, menstabilkan emosi kena jaga tengah malam untuk susukan baby ++ kena jaga diri yang masih dalam keadaan berdarah nifas. Jujurnya, saya sangat tercabar tapi syukur mr Hsband banyak membantu. Terima kasih mr Hsband. Walaupun saya tengok awak macam tak de perasaan tapi awak sangat membantu saya. Saya terharu.

Percaya tak, sebelum habis berpantang 44 hari, saya & baby ikut hsband outstation kat Putrajaya?? Seminggu handle baby sendiri + berpantang. Kalau ikut orang tua dulu memang tak boleh kan, tp my mum sangat la terbuka. Padanya, kena banyak zikir dan baca ayat-ayat lazim. Boleh dikatakan outstation pertama Adam Harith yang sangat berjaya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan kami semua sihat.

Monday, 2 March 2015

Facing True Contraction!! (Part II)


Jom kita sambung cerita yang terhenti pada entri yang sebelumnya. Tahu tidak cerita pasal ape? Meh klik sini ye..  =)

10 September 2014, 12.00am - Diri masih gagah menahan sakit walaupun masa itu tidak pasti rupanya tengah menahan sakit kontraksi yang sebenar. Masa itu jugak teringat ada mummy2 dalam group ibu hamil & berpantang bagitahu, bila rasa sakit, catat masa sakit dan lihat sela masa. jika semakin hampir, sela masa akan jadi semakin singkat. Dan2 terjun dari katil amek pen & kertas, pastu terus catat. Dekat setengah jam tengok sela masa 10 min, 7 min, 8 min, 9 min........ Sedar sela masa agak singkat tapi masih menahan diri baring2 atas tilam dan tidak lama tu en husband pun balik daripada kerja. Sempat ngadu rasa sakit tapi boleh tahan lagi. Hsband just jawab pagi nanti kita gi hospital & dia pun lena tido kepenatan.

Tanda-tanda nak bersalin no. 2 :
"Sela masa sakit konsisten dan semakin singkat"

Rasa sakit semakin meningkat naik seiring berjalannya waktu. Huhuhuuu.. Pukul 2.30am masa buang air kecil ada darah sekali. Masih buat tak tahu padahal Dr gynae dah pesan kuar lendir + darah cepat2 pergi hospital. Masih mampu bertahannnn... Kekonon tak nak susahkan hsband yang baru balik kerja tadi kan. Semakin pagi semakin tak boleh tido semakin sakit yang teramat sangattttttt!! Ketuk bilik mama dan bagitahu sakit perut (kami duduk serumah ngan family). Mama terjaga dan terus tnya sakit dah kerap ke? Dah, jawab kita ngan tenang. Terus mama paksa pergi hospital. Masa nie terhegeh2 kejut husband. Nasib baik hsband sempat tido kejap, cian dia (love you sayang).. Hehehhh

Tanda-tanda nak bersalin no. 3 :
Kuar darah 

Okeyyy, tamat cerita kat rumah. Pukul 5am hsband drive pergi Colombia Asia Hospital Nusajaya. Perjalanan memakan masa 15minit je. Sunyi sepi & tenangggg walaupun diri nie ngah menahan sakit. Sesampai je hospital terus ke bahagian kecemasan & bagi appointment kad pada staf yang bertugas & terus diarahkan ke labour room di tingkat 1. Masuk labour room around kol 5.20am.

Semasa dalam labour room, Prosedur biasa nurse akan cek degupan jantung baby & ukur tahap kesakitan kontraksi. Omputeh panggil CTG process, gitulahhh.. Dekat 20 minit jugak process ni, aduhhh lama sungguh rasa. After tu, nurse bagitahu nak cek bukaan jalan. Dalam hati debarnya la haiii.. Rela dalam terpaksa & redha, nurse bagitahu dah buka 5cm....... Terus keluar nada terkejut. 5cm!!! Another 5cm baby boleh kuar dahhhh.. Meaning saya akan bersalin tidak lama lagi nie. Jeng jeng jennggggg..

Sepanjang dalam labour room, hsband sentiasa di sisi, suapkan kurma untuk simpan tenaga. Hanya kurma & air zam zam. Even hsband beli sandwich, tak boleh nak telan disebabkan sakit yang amat sangat. Tidak boleh nak describe macam mana. Mama  pula sambil menunggu kat luar LR membaca al-quran.  Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Yang pastinya sakit itu akan membuat kita lebih sayang & hargai ibu kita. 

Petua untuk ibu2 di luar sana, belajar la bagaimana mengawal penafasan sepanjang tempoh kontraksi & semasa bersalin kerana perkara ini sangat2 akan membantu anda. Sewaktu level kontaksi semakin tinggi, pernafasan yang cepat amat2 membantu mengurangkan rasa sakit. Percayalah kerana saya dah mencubanya. Tetaplah bernafas dalam kesakitan & jangan sekai-kali menahan nafas untuk menahan sakit kerana itu akan lebih menyakitkan. 

Tepat pukul 8.14am, air ketuban pecah dengan sendirinya. Air tu rasa suam-suam panas. Yang penting sangat selesa sepanjang ia mengalir di kaki. Terasa kebanjiran jugak kat atas katil labour room tu. Tepat 8.37am, lahirlah seorang khalifah Allah yang diberi nama Adam Harith b. Mohd Izuan dengan berat 3.06kg. Alhamdulillah.. Tiada koyakan yang besar dan tiada jahitan, hanya luka sedikit sahaja.

Setelah selesai proses kelahiran, ada aksi yang mendebarkan. Nak tau ape?? Hehee.. Mentang2 lah tiada jahitan, duduk bersila atas katil after nurse siapkan diri untuk dipindahkan de dalam wad. Menjerit mama after nampak anak dia buat mcm tu. Ishhhh3.. 

Sekian sahaja cerita daripada saya. Moga-moga perkongsian ini dapat membantu ibu2 yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Ingat ye, kawal pernafasan & makanlah kurma sebanyak mungkin kerana ia merupakan sumber tenaga segera. 

P.E.A.C.E!! 


(abaikan muka "natural beauty" kita ni =D)