Selalu kita dengar, kena jaga betul-betul semasa dalam proses berpantang demi kesejahteraan keluarga pada masa akan datangg. Diakui kebenarannya walaupun ada masa-masanya kita rasa leceh bila kena pakai param, pilis dan sebagainya.
Bagi saya, boleh untuk kita skip beberapa amalan orang dulu-dulu tapi kena pastikan kita gantikan dengan cara moden yang memberi manfaat yang sama. Once after sampai rumah setelah discharge, saya mandi bersama sabun hijau marine essence (gantikan herba sebab belum beli, huhuhu). Bau wangi daripada sabun tu sangat-sangat menyegarkan saya.
Selepas mandi, saya melalui proses berurut oleh mama saya. Sangat la besttttt. Semasa proses berurut, rahim disengkak bagi memastikan rahim berada pada tempatnya. Agak sedikit sakit tapi masih boleh bertahan. Mama urut seluruh badan selama 7 hari. Memang rasa sangat-sangat dimanja oleh semua. Indahnya menjadi seorang wanita, isteri, anak & ibu. Selepas tujuh hari berurut dengan mama, sambung pula oleh bidan sebenar iaitu my makcik. Makcik saya nie bidan bertauliah tau. So kepada awak-awak sume boleh call dia untuk dapatkan khidmat urutan tradisional atau urutan berpantang dan sebagainya. Highly recommended! Selepas berurut, susu pun keluar dengan mencurah-curah. Alhamdulillah, rezeki my baby.
(Ihsan gambar Google)
Pilis dan param pula mengambil alih selepas badan dilumur dengan minyak semasa proses berurut. Pilis ni membantu membuang angin di kepala bagi mengelakkan kita pening kepala. Param pula membantu memanaskan badan supaya angin tidak masuk ke dalam badan. Param ni juga mampu memutihkan serta menghaluskam kulit. Tak percaya?? Cuba lah sendiri. =)
Sebelum pilis dan param mengamil alih tadi, kena lah berbengkung dulu. Untuk permulaan, saya guna bengkung tradisional yang kena lilit-lilit tu. After a week, saya terus sarung one set Premium Beautiful. Feeling sangat lain di mana, dengan pakai PB badan rasa lebih fit & firm. Breast pn banyak kuarkan susu. Satu hal lagi, rahim cepat kecut dan berada di tempatnya dengan cantik. My Dr gynae puji rahim cepat kecut. Senyum kambing kita.
(Ihsan gambar Google)
Sambil-sambil berehat, kita bertungku pula. Saya guna batu sungai, Nampak tak keklasikannya di situ. Padahal ada je seller online jual tungku moden kan. Tapi batu sungai ni best, panas pn tahan agak lama. Saya beli kat kedai jual ikan tu je. After bertungku, kuar seketul darah beku. Nampak tak kebaikannya??
(Ihsan gambar Google)
Pastikan, kaki sentiasa memakai stokin bagi mengelakkan angin masuk dalam badan juga ye. Pastikan juga kita banyak makan nasi serta sayuran-sayuran dan buah-buahan bagi membanyakkan susu badan serta elak sembelit. Bagi saya, tambahan supplement Ostemetrix sangat membantu saya membuang segala toksin dalam badan. Jadinya badan terasa ringan. Yippie!
Pada pendapa saya, dua minggu pertama after melahirkan adalah satu tempoh masa yang sangat kritikal. Pada masa tu kita mencuba untuk menyesuaikan diri dengan baby, menstabilkan emosi kena jaga tengah malam untuk susukan baby ++ kena jaga diri yang masih dalam keadaan berdarah nifas. Jujurnya, saya sangat tercabar tapi syukur mr Hsband banyak membantu. Terima kasih mr Hsband. Walaupun saya tengok awak macam tak de perasaan tapi awak sangat membantu saya. Saya terharu.
Percaya tak, sebelum habis berpantang 44 hari, saya & baby ikut hsband outstation kat Putrajaya?? Seminggu handle baby sendiri + berpantang. Kalau ikut orang tua dulu memang tak boleh kan, tp my mum sangat la terbuka. Padanya, kena banyak zikir dan baca ayat-ayat lazim. Boleh dikatakan outstation pertama Adam Harith yang sangat berjaya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan kami semua sihat.
No comments :
Post a Comment