Monday, 19 August 2013

Kepentingan Magnesium


Tahukah anda bahawa kehadiran magnesium dalam tubuh badan kita adalah sangat penting?? Saya pun baru tahu. Di sini, saya kongsikan kepentingan magnesium di dalam tubuh badan kita dan kaitan kehadiran penyakit di sebabkan kekurangan magnesium dalam badan kita.

PENYAKIT DEGENERATIF

Dianggarkan, 200 juta wanita di dunia mengalami kehamilan setiap tahun. Setiap minit, seorang dari wanita tersebut mengalami eclampsia atau meninggal dunia ketika melahirkan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh WHO, UNICEF, dan WORLD BANK, hampir dipastikan para ibu yang meninggal ketika melahirkan tersebut mengalami kekurangan magnesium dalam tubuhnya.

Selain gangguan pada ibu melahirkan, kekurangan magnesium juga dapat menyebabkan gangguan pada fungsi pusat saraf yang akan memunculkan beberapa penyakit. Pelbagai penyakit atau permasalahan kesihatan yang dapat dibantu dengan pemberian suplementasi magnesium adalah sebagai berikut.

PENYAKIT JANTUNG

Magnesium merupakan salah satu nutrien paling penting untuk kesihatan jantung. Tugas utama magnesium adalah membantu otot jantung untuk relaksasi. Fungsi ini berlawanan dengan fungsi mineral kalsium yang membuat jantung berkontraksi. Kerja duet dari magnesium dan kalsium inilah yang berguna untuk mempertahankan irama jantung tetap normal dengan relaksasi dan kontraksi otot jantung.

Magnesium dapat digunakan sebagai suplemen untuk membantu mengubati penyakit jantung koronari kerana memiliki kesan membantu dalam melebarkan arteri koronari, memperbaiki aliran darah ke jantung, meningkatkan kolesterol baik (HDL), mencegah penggumpalan trombosit, mengatur kontraksi dan relaksasi otot jantung serta menstabilkan irama jantung.

TEKANAN DARAH TINGGI

Kelompok DASH (The Dietary Approaches to Stop Hypertension) telah melakukan pelbagai kajian yang menyimpulkan bahawa mengamalkan magnesium dalam jumlah tinggi dapat menurunkan tekanan darah.

DIABETES

Penderita diabetes harus mempertahankan batas magnesium yang cukup dalam darahnya kerana mineral magnesium berpengaruh terhadap kemampuan metabolisme karbohidrat. Mineral ini juga berpengaruh terhadap pelepasan dan aktiviti insulin yang berfungsi sebagai pengawal kadar gula dalam darah.

DENYUTAN JANTUNG TIDAK NORMAL

Kira-kira 1 % manusia di bawah usia 60 tahun dan 5— 10% di atas 65 tahun memiliki denyutan jantung lebih dari 100 kali perminit (normalnya 60—100 kali perminit). Magnesium yang bekerja sama dengan kalium akan membantu mengawal kecepatan dan ketidakteraturan denyutan jantung tersebut.

ASMA

Serangan penyakit dapat dikenal pasti dengan serangan sesak napas berulang kali disertai dengan nafas yang berbunyi kerana kejang otot di bahagian tekak.

Beberapa kajian menunjukkan hubungan antara asma dengan defisiensi magnesium. Banyak penelitian yang menunjukkan bahawa ubat yang digunakan untuk terapi asma telah menyebabkan kehilangan magnesium. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat memperbaiki saluran pernafasan.

EPILEPSI

Penyakit ini terjadi kerana adanya gangguan sistem saraf pusat yang terjadi kerana letusan pelepasan muatan letrik sel saraf secara berulang dengan gejala penurunan kesedaran, gangguan motor saraf dan mental disertai atau tanpa kejang-kejang. Sebuah kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pada kondisi ayan, ada defisiensi magnesium di dalam darah pasien. Pemberian suplementasi magnesium dos tinggi (450 mg) dapat mengatasi sawan dalam waktu singkat.

AUSTISME

Gangguan ini ditunjukkan dengan fikiran dan perilaku seseorang yang cenderung ke arah diri sendiri dan tidak dapat diperbaiki melalui bantuan orang lain. Ujian klinikal yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Kanada menunjukkan bahawa penyakit autisme dapat diperbaiki dengan terapi pemberian vitamin B6 dengan dos tinggi (300—500 mg setiap hari). Tetapi terapi ini menimbulkan defisensi nutrien lain yang mengakibatkan pesakit mengalami lemah deria rasa dan gatal-gatal. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat menghilangkan kesan samping tersebut.

HIPERAKTIF

Dalam istilah kedoktoran, ianya disebut Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang banyak terjadi pada kanak-kanak. Dalam satu kajian, didapati bahawa kanak-kanak yang menderita ADHD mengalami kekurangan banyak mineral, paling dan magnesium. Khasiat magnesium secara signifikan dapat menurunkan gejala-gejala hiperaktivi kepada kanak-kanak.

BATU KARANG

Salah satu penyebab utama penyakit ini adalah tingginya kandungan kalsium dan acid. Dengan mengamalkan magnesium, ia membolehkan asid dan kalsium yang berlebihan dapat dinyahkan.

SENGGUGUT

Sindrom ini disebabkan kerana adanya kekurangan magnesium yang ditunjukkan dengan gejala-gejala seperti pening, lenguh sendi, sembelit, jerawat, insomnia dan stress. Dengan mengamalkan magnesium, ia dapat membantu melegakan kontraksi otot sehingga dapat meringankan atau menghilangkan gejala-gejala senggugut.

Selain itu, pemakaian Premium Beautiful Korset juga membantu mengatasi masalah ini.

OSTEOPOROSIS

Penyakit ini ditunjukkan dengan kereputan tulang kerana kehilangan mineral. Biasanya osteoporosis sering terjadi kepada wanita yang usia lanjut. Kekurangan magnesium pula akan menyebabkan osteoporosis. Mengamalkan magnesium telah terbukti dapat mencegah dan mengubati penyakit osteoporosis. Dalam hal ini, fungsi magnesium adalah membantu tubuh dalam metabolisme kalsium. Kajian klinikal yang dilakukan terhadap sebahagian wanita menopause selama 2 tahun menunjukkan bahawa pemberian magnesium dapat mencegah terjadinya retak tulang dan secara signifikan dapat menguatkan struktur tulang.

INSOMNIA

Insomnia atau sukar tidur disebabkan ketegangan sistem saraf dan terganggunya sistem transmisi saraf yang membantu untuk mengawal tidur. Magnesium dan kalsium adalah mineral yang digunakan dalam pergerakan setiap otot, sehingga pengamalnya dapat mengendurkan otot saraf dan menstabilkan kimia otak yang berkaitan dengan tidur sehingga dapat membantu penderita insomnia untuk mudah tidur. Selain pengambilan magnesium yang cukup, pengidap insomnia juga boleh menggunakan Biovelocity Sleep Mate bagi mengatasi masalah ini. 

SAKIT SENDI

Sakit sendi ini disebabkan kekurangan magnesium. Tidak seimbangnya fungsi kalsium dan magnesium dalam kontraksi dan relaksasi otot sehingga mengakibatkan timbulnya sakit sendi. Mengamalkan magnesium dapat mengimbangi ketidakseimbangan otot sekaligus dapat menghilangkan sakit sendi.

STRESS

Stress merupakan emosi perasaan yang tidak keruan sehingga menyebabkan putus asa yang berpanjangan. Punca stress banyak, antaranya misalnya kekejangan otot, ketidakseimbangan hormon dan kelainan biokimia. Stress umumnya mengalami kekurangan magnesium sehingga mengamalkan magnesium dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan stress.

No comments :

Post a Comment

Post a Comment