Wednesday, 3 September 2014

Masinkah mulut my Dr gynae???


Last week (27 Ogos 2013) pergi check up my baby kat Columbia Asia Hospital, Nusajaya. Tapi blom sampai Nusajaya pun, dia dekat area Bukit Indah. Masa pergi check up pagi tu sebenarnya merajuk dengan en Hubby sbb dia tak boleh teman dan sepatutnya sehari sebelum itu, tapi masa kami sampai baru tahu rupanya Dr gynae kami ada operation. Petang baru dia free. Dipendekkan cerita, kami buat appointment baru dan pergi balik pada esoknya.

Cerita esoknya (28 Ogos 2014), dalam pukul 9.30am kami sampai kat hospital. Pagi itu my mama temankan memandangkan en Hubby ada kerja yang telah dirancang dan memang kebetulan my mama nak kenal-kenal ngan kawasan hospital tu katanya. After dah dapat parking, terus pergi daftar nama kat reception area. Selepas tu pergi kat B-section counter untuk timbang berat dan catat tekanan darah. Alhamdulillah bacaan tekanan darah normal dan berat semasa timbang adalah 52kg..! First time sepanjang kehidupan berat cecah 50kg.. Thank you baby. hehehe

Kami giliran ke-8, jadi sementara itu kami duduk santai-santai dan borak-borak je. Sementara menunggu itu, sempatlah 2 kali pergi tandas sebab nak terkucil. Normal thing bila di hujung kehamilan kan asyik nak pergi tandas je.  

Tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai la giliran nama dipanggil. Dr ni memang peramah dan suka senyum. Rasa selesa dengan dia tp masa bersalin nanti segan jugak kan. huhu. Ok, yang tu tolak tepi dulu. Dia kata anak sulung ni kena banyak sabar sebab kebiasaanya bukaan tu lambat. Tapi pape pun bergantung juga pada rezeki. Part paling best, scan time sebab boleh tengok baby tengah buat ape. Perkara pertama Dr bagitahu, kepala baby dah engaged cuma belum masuk sepenuhnya. Nak tengok muka baby pun nampak separuh je. Air ketuban dan kedudukan baby sangat baik dan berat baby pada masa itu (37w) ialah 2.9kg. Tercengang jap, ada masa 2minggu lg ni. Agak-agak berat baby, masa lahir berapa ye???? Ya Allah, kau permudahkanlah diriku sewaktu melahirkan bayiku ini..

Selepas scan, Dr buat statement terkejut "saya rasa awak bersalin minggu depan kot..". Ok Dr saya terima dengan hati terbuka walaupun macam belum bersedia sepenuhnya.. Huhu..

Agak-agak masin tak mulut my Dr gynae?? Kita sambung next entry ye.. =)




Tenangnya bile tengok awak senyum.. =)