Monday, 10 November 2014

Contraction About to Start!!! (Part 1)


3 September 2014 - " Ehhh, tetibe kuar lendir coklat masa mandi tadi." Walaupun dah tau tapi nak jugak tnya pada mama. Masa tnya tu muka mama dah nampak neves.

Mama : Ada rasa sakit yang kerap dan kejap-kejap tak?
Saya : Sakit yang kerap macam mana? (buat muka blurr)
Mama : Yela, sakit kejap-kejap tu.
Saya : Ada! Sakit perut nak beri-beri.. Sambil gelak jahat. Hehehe
Mama : Ahhh, bagus lah macam tu. Main-mainkan orang tua eh.

 dan terus tnya ada rasa sakit yangg kerap tak. Sambil sengih2 jawab ada, sbb nak buang air besar.. hahahaha.. Aduhai, perangai tak berubah walaupun dah kawen & nak ada anak sendiri. 
Melalui pembacaan diri sendiri yang tak berapa nak banyak ni, kuar lendir merupakan salah satu tanda yang menyatakan jalan untuk bersalin semakin hampir. Dalam debaran aktiviti harian masih blom terjejas. Weekend tu sempat lagi teman my bff hunting bawal Aidijuma dekat bukit di Bandar Baru Uda. Tambahan pula, banyak berjalan adalah salah satu senaman yang bagus utk mempercepatkan proses bersalin kan. 

Tanda-tanda nak bersalin 1 :
Kuar lendir coklat

Keadaan ini berterusan selama hampir seminggu. 

9 September 2014 - " Hepy bfday su!!'. Nama penuh dia soraya. Kami sama-sama belajar di UTM, course yang sama Fizik industri. Ermm, tetibe rasa nak makan udang goreng kunyit. Whatsapp mama ajak pegi pasar. Waktu tu dah pukul 10.00am. Mama kata dah lewat nak pegi pasar tapi mengenangkan mak buyung yang tengah sarat tu mama pun layankan lah. Kami pegi pasar besar larkin. Alhamdulillah, rezeki mak buyung ada, tapi mama cakap udang kecil2. Tak mengapalah mama yang penting ada.

Sampai rumah je terus bersihkan udang & masak goreng kunyit. Kebetulan mama buat sambal belacan & beli ulam raja tadi. Wallahhhh, mmg feverettt. Lunch tu makan tak hingat dunia. Bertambah-tambah tanpa sedar. Hahahaha.. Bolehhh gitewwww.. =)

Tengah hari berganjak ke petang. Petang tu tetibe rasa sengal-sengal pingggang macam memula nak period tu. Mengapakah tetiba??? Oohh ya, masa su nak bersalin dulu dia bagitahu dia sakit pinggang juga. Makin lama akan makin sakit, hari ketiga dia bersalin kan firas aryan. So, saya pun membuat andaian tiga hari lg baru bersalin kot. Boleh ke gitewww? 

Dalam tengah berandaian tu en husband pun pulang daripada bekerja. Cehhh ayat.. Memandangkan td dia skip lunch, so dia request nak dinner terus. Okey, pegilah si isteri ni prepare dinner. (bukan masak pun, panaskan je lauk tengah hari td) Huhuuu.. Alhamdulillah, en husband sangat la tak cerewet. Hahhh, nak bagitahu jugak ni masa dinner tu pun makan bertambah-tambah mak buyung ni bertemankan lenguh pinggang yang semakin terasa ni.

Menginjak ke malam kira-kira after isyak, rasa lenguh pinggang ditambah dengan rasa sakit yang tak tau nak gambarkan macam mana dan on off. Kejap sakit kejap tak, kejap sakit kejap tak. Keadaan ni membawa ke tengah malam sehingga ke pagi hari. Malam tu kebetulan en husband ada keje, jadinya dia kuar kejap. Memandangkan sakit ni on off, tergerak hati nak catat masa. Sebab terbaca dekat satu group, catat masa lagi senang nak tau kontraksi benar @ palsu. Gigih la mak buyung ni catat, tengok sela masa 10min, 7min, 8 min. Ehhh, dekatnya sela masa ni. Then call en husband bagitahu sakit dh kerap & cepat la balik. Dengan tenang hsband jwb, syg rehat la dulu eh, esok pagi kita pegi check up..


Jeng jeng jengggggg......





Bersambung.....

Wednesday, 3 September 2014

Masinkah mulut my Dr gynae???


Last week (27 Ogos 2013) pergi check up my baby kat Columbia Asia Hospital, Nusajaya. Tapi blom sampai Nusajaya pun, dia dekat area Bukit Indah. Masa pergi check up pagi tu sebenarnya merajuk dengan en Hubby sbb dia tak boleh teman dan sepatutnya sehari sebelum itu, tapi masa kami sampai baru tahu rupanya Dr gynae kami ada operation. Petang baru dia free. Dipendekkan cerita, kami buat appointment baru dan pergi balik pada esoknya.

Cerita esoknya (28 Ogos 2014), dalam pukul 9.30am kami sampai kat hospital. Pagi itu my mama temankan memandangkan en Hubby ada kerja yang telah dirancang dan memang kebetulan my mama nak kenal-kenal ngan kawasan hospital tu katanya. After dah dapat parking, terus pergi daftar nama kat reception area. Selepas tu pergi kat B-section counter untuk timbang berat dan catat tekanan darah. Alhamdulillah bacaan tekanan darah normal dan berat semasa timbang adalah 52kg..! First time sepanjang kehidupan berat cecah 50kg.. Thank you baby. hehehe

Kami giliran ke-8, jadi sementara itu kami duduk santai-santai dan borak-borak je. Sementara menunggu itu, sempatlah 2 kali pergi tandas sebab nak terkucil. Normal thing bila di hujung kehamilan kan asyik nak pergi tandas je.  

Tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai la giliran nama dipanggil. Dr ni memang peramah dan suka senyum. Rasa selesa dengan dia tp masa bersalin nanti segan jugak kan. huhu. Ok, yang tu tolak tepi dulu. Dia kata anak sulung ni kena banyak sabar sebab kebiasaanya bukaan tu lambat. Tapi pape pun bergantung juga pada rezeki. Part paling best, scan time sebab boleh tengok baby tengah buat ape. Perkara pertama Dr bagitahu, kepala baby dah engaged cuma belum masuk sepenuhnya. Nak tengok muka baby pun nampak separuh je. Air ketuban dan kedudukan baby sangat baik dan berat baby pada masa itu (37w) ialah 2.9kg. Tercengang jap, ada masa 2minggu lg ni. Agak-agak berat baby, masa lahir berapa ye???? Ya Allah, kau permudahkanlah diriku sewaktu melahirkan bayiku ini..

Selepas scan, Dr buat statement terkejut "saya rasa awak bersalin minggu depan kot..". Ok Dr saya terima dengan hati terbuka walaupun macam belum bersedia sepenuhnya.. Huhu..

Agak-agak masin tak mulut my Dr gynae?? Kita sambung next entry ye.. =)




Tenangnya bile tengok awak senyum.. =)

Friday, 13 June 2014

Air GULA!!


Alhamdulillahh, skrg baby dah masuk 26weeks, 14w to go! Cepatnya dia nak kuar dah. Me semestinya rasa xcited + neves nak sambut kelahiran baby nie. Okey, since baby dah 26w ni, moment paling best sbb me dah boleh rasa baby bergerak, kicking, tickle, pusing-pusing dalam perut. Even ada geli tp nilah happy moment nya.. Sangat teruja!! Hehehehe

Okey, kita tinggalkan jap cte happy moment ni, me nak cte sikit cte x happy moment utk minggu ni. =( Tau x pasal ape??? Sbbnya minggu ni me kna minum air GULA!! Ohh My GUCCI, melekatnya rasa pekat gula tu kat tekak. Dah la kna puasa dari mlmnya mula kol10 pm. Pagi tu after minum air gula pn kna tunggu lg 2 jam. Rasa mcm ada burung terbang keliling kepala. Punyalah mengelak kat nurse cakp xnak minum, tp akhirnya kna minum gak demi kebaikan baby & me. Mana taknya, pantang nampak mesti nak makan. En husband plak rajin melayan. Bersyukur sgt dikurniakan hsband yang baik begitu lagi memahami. =) So skrg ni ngah tunggu result, mudah2an xde pape kan.. Nurse bgth if ada pape dia akan call, so me tungggu je laaaaaa.  Yang pasti, next check up will be on 24 June 2014!! =)

Me tunjuk kat awak eh saiz cawan air gula yg KK tempat me check up guna.. KK lain me xpasti. 


Tadaa!! Saiz cawan tu lebih kurang saiz cawan ni.. Menarik bukan?? =D 
(Gambar ni ikhsan drp Mr Google)



Sunday, 11 May 2014

" Selamat Hari Ibu "


As salam & selamat pagi semua!!

Siapa ingat hari ini hari ape??? Ok la, bagi yang tak bape nak ingat tu, hari ini 11 Mei 2014

 merupakan Hari Ibuuuu..

So, dekat sini saya nak ucapkan " Selamat Hari Ibu " kepada semua ibu-ibu di luar sana 

terutama untuk mama saya. Untuk bakal-bakal ibu di luar sana juga macam saya ni hahhh.. 

hehehehehe

" Mama, awk wanita yang hebat di mata kami. Penuh kasih sayang mendidik & 

mengajar kami. Tak mungkin ada wanita lain setanding mama. Kami sayang mama

 sangat2.. "


Ni lah mama saya. Sama tak muka kami?? =)



Wednesday, 7 May 2014

Baby Checklist


Selamat petang semua..
Ape tu yang 133 hari lagi kan.. hehehe

Ni hahhh insan cumey dalam perut ni, 133 hari lagi dia akan melihat dunia yang indah ini. In shaa Allah.

Jadinya, kena lah buat persediaan untuk sambut kelahiran insan cumey ni kan. Sehingga ke hari ini, kami blom beli pape pun untuk baby cumey ni. Ermm, macam mana nak gi beli kalau list yang nak dibeli pn tak der lagi kan.. Aishhh mom to be ni kannn.. Nanny dia je yang dah sibuk-sibuk duk pikir kain bedung la, barut baby la.. See, nanny lagi prihatikan. Ok, utk itu moh le kita search En Google jap. =)


Hasil carian di google. Lebih simple & senang faham.. =)

Ok, dah jumpa checklist keperluan untuk baby. Lets propose to dad to be ye. Lepas tu boleh la kita pergi membeli belah.

Oh ya, sebelum terlupa kepada mommy2 di luar sana, pada 16 - 18 Mei 2014 ni ada mom & baby expo kat Mid Valley tau!!

Jom pakat ramai-ramai gi. Dengarnya ada lebih kurang 300 booth!! Oh myyy, mcm mana tu eh.. =)



Friday, 18 April 2014

November 2013

Hari : 2
Bulan : November
Tahun : 2013

Tarikh ini tidak akan saya lupakan kerana pada tarikh ini kami selamat di ijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz yang tenang daripada En. Suami. Alhamdulillah & syukur ke hadrat Ilahi saya ucapkan.

Majlis yang dirancang dalam tempoh 6 bulan berlangsung dengan lancar & meriah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mama abah adik, cik dah sekeluarga, acik sekeluarga, saudara mara yg laen di atas kehadiran & sokongan yang diberikan. All of u really cheerish my dayyyy!!! 

Awal-awal lagi mama dah bagitahu, pengantin kena khatam. So, berlatih lah si pengantin ni kan. Mana tidak nya, khatam yg berlagu. Debar hati kita ni... Dipendekkan cte, seminggu before majlis adalah latihan yg btol2 daripada pengantin.. huhu.. Confident je kan. Petang Jumaat (1 Nov 2013), pengantin berlatih ngan makciknya. Dilihat drp reaksi si makcik spt memuaskan je. Tenang sikit hati kita kan.. =)

Petang beranjak ke maghrib, maka semua ahli keluarga bersiap sedia untuk menyertai & memeriahkan majlis khatam al-quran pengantin. Satu perkara yg meralatkan ialah tiada rakaman video diambil. huhuhu

Selesai sudah malam khatam al-quran, keesokan harinya tibalah masa utk akad nikah & majlis walimatulurus. Yg ni xnak cte pepanjang la, biar gambar berbicara.. Ececehhh.. Layanzzzz... ;)

Nak bgth satu rahsia, semestinya Premium Beautiful melengkapkan hari bahagia saya.. hehe


Make-up & baju by Leenz Bridal. Menanti En husband melafazkan akad nikah.. Dup dap dup dapppp..
Masing-masing khusyuk dgr tok kadi cakap b4 acara akad dimulakan.
Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz "saya isterinya"..

Peace!! Siap sedia utk acara sanding plak. Peach pilihan ku.. hehehe

Salam disambut dengan rasa syukur ke hadrat Allah.. 

Inilah pelaminku yang simple & menggunakan gabungan warna oren + pink.. ;)