Monday, 22 July 2013

Kekal Cergas di Bulan Ramadhan


Salam Ramadhan buat semua.


Sedar ataupun tidak, kita telah melalui 13 hari berpuasa di bulan penuh barakah ini. Jom kita semak tips-tips untuk kekal sihat & cergas bagi hari-hari berpuasa berikutnya. 

Tips 1 :

Dengar bacaan surah Al-Quran menggunakan fon telinga. Sekiranya tidak mengganggu rakan sekerja bolehlah ikut bacaan tersebut. Insya-Allah anda tidak akan mengantuk.

Tips 2 :

Duduk di tempat bercahaya terang. Kalau anda bekerja di dalam ofis, pastikan lampu dibuka terang. Sekiranya lampu malap, sekali-sekala anda harus keluar dan pergi ke tempat cahaya terang seperti di bawah sinaran matahari untuk kembali segar.

Tips 3 :

Basahkan muka anda dengan air sejuk bila terasa letih dan mengantuk. Begitu anda pasti kembali segar sebab badan akan memberi respon kepada suhu sejuk tiba-tiba dan cuba untuk kekalkan suhu badan.

Tips 4 :

Letakkan wangian di meja kerja. Bau yang wangi boleh merangsang otak dan mengembalikan kesegaran badan terutama ketika mengantuk.

Tips 5 :

Bersenam ringan dalam pejabat. Anda cuma perlu meluangkan beberapa minit untuk buat regangan otot, melompat setempat, skipping, tekan tubi atau sebagainya untuk menaikkan kadar degupan jantung dan kembali segar dan aktif.

Tips 6 :

Tidur yang berkualiti. Kebiasaan untuk umat Islam bangun malam untuk beribadah menyebabkan tidak cukup tidur. Semasa tidur badan dan otak kita berehat. Kita sepatutnya berasa cergas dan bertenaga selepas bangun dari tidur. Tidur yang berkualiti boleh dicapai dengan menggunakan lapik tilam atau selimut Bio Velocity Sleep Mate.

Tips 7 :

Amalkan diet yang seimbang. Jangan lupa bersahur dan jangan makan dalam tempoh sejam sebelum tidur. Minum jus buah-buahan atau minuman bervitamin seperti BB Plus untuk kekal sihat.

Selamat berpuasa!

Credit to : Dr Hasbi


Theya Ismail

Monday, 15 July 2013

Ohh Baju Raya

Assalamualaikum semua <3

Raya pasti tak lengkap tanpa baju kurung baru + kasut baru + handbeg baru + yang   
 seangkatan dengan nya la kan. Untuk itu, sy nak ANNOUNCE!!! di sini bahawa anda semua boleh menempah baju kurung untuk raya dengan mama saya.

Dia seorang guru dan dia sangat suka menjahit pada masa lapang. Berpengalaman hampir lebih 27 tahun, since dia belajar di Maahad dia dah mula menjahit baju. Kadang-kadang sy yang bantu dia siapkan final touch. Yang simple2 je la mcm jahit rumah butang, jahit hop kain dll. Ermmm, ada juga bakat terendam sy dalam menjahit ni kannnn.. hehe 

Ni antara baju yang mama sy jahit, kebanyakan tempahan daripada my aunty, kawan-kawan sekolah dia dan ada juga kawan-kawan sy. Jiran-jiran pun ada yang anta kat mama soh jahit kan..




If anda nak buat tempahan baju kurung selain utk pakai raya pun boleh juga.. Pape text je sy okeyyy.. =)

013-7011786

Saturday, 13 July 2013

Buffet Ramadhan 2013


Assalamualaikum & Hi..

Alhamdulillah, dah empat hari kita semua berpuasa. So, mcm mana puasa anda semua?? Rasanya semua ok kan dan kena pastikan anda semua bersahur ye. Rekod puasa saya masih cantekk lagi.. hehehe.. Ermm, sebenarnya saya nak share berkaitan buffet Ramadhan 2013 di sekitar Johor Bahru, Senai, Pasir Gudang dan sewaktu dengannya. Oleh itu, jom kita tgk sama-sama.. =)



GoodHope Hotel, Skudai
Dewasa RM48 ++
Kanak-kanak RM28 ++
Untuk tempahan : 07-557 2828




Selesa Sinar Ramadhan Buffet
Hotel Selesa, Pasir Gudang
Dewasa RM49.99 ++
Kanak-kanak RM24.99 ++
Untuk tempahan : 07-251 8899




11@Century Hotel Johor Bahru
Dewasa RM38 nett
Kanak-kanak/Warga Emas RM20 nett
Untuk tempahan : 07-333 3303




Gulai kawah @Medan Palma
Le Grandeur Palm Resort, Senai
Dewasa RM60 
Kanak-kanak RM30 
Untuk tempahan : 07-599 6000 Ext: 3706




Myra Bistro
M Suites Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM72 ++
Kanak-kanak RM30 ++
Untuk tempahan : 07-221 1000




Restoran Malay Village
Dewasa RM35 nett
Kanak-kanak RM19 nett
Untuk tempahan : 017-733 7303/07-221 1221




Seri Mutiara
Mutiara Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM80 ++
Kanak-kanak RM 50 ++
Untuk tempahan : 07-330 0000 Ext: 0379





New York Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM60 ++
Kanak-kanak RM30 ++
Untuk tempahan : 07-331 1588





Pulai Springs Resort, Pulai
Dewasa RM69 ++
Kanak-kanak RM35 ++
Untuk tempahan : 07-521 2121




Suria City Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM48 nett
Kanak-kanak RM25 nett
Untuk tempahan : 07-223 1791




Restoran Anjung Warisan
Dewasa RM28
Kanak-kanak RM14
Untuk tempahan: 019- 7500 784/012-7164 238





Tanjong Puteri Golf Resort
Dewasa RM55 ++
Kanak-kanak RM33 ++
Untuk tempahan : 07-259 6136




Tradisi Warisan Ibunda
Penderosa Golf & Country Club, Johor Bahru
Dewasa RM63 nett
Kanak-kanak RM30 nett
Untuk tempahan : 07-354 9999 Ext: 282
019-758 8911 (Zam) 019-758 8781 (Wan)





Sajian Tradisional kampung
Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru
Dewasa RM40 nett
Kanak-kanak RM25 nett
Untuk tempahan : 07-221 1002/ 07-221 1003/07-221 1464




Cafe Para-para
Grand Paragon Hotel
Dewasa RM80 ++
Kanak-kanak RM40 ++
Untuk tempahan : 07-268 5222 Ext: 5326/5252


Buffet Ramadhan 
Banafe Village
No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir,
80300, Johor Bahru.
Dewasa RM39 nett
Kanak-kanak RM20 nett
Untuk tempahan : 07-333 3377


Tak semua saya list kan tapi anda masih boleh buat pilihan di antaranya. Sesekali bawa keluarga berbuka diluar apa salahnya kan. Esok saya akan berbuka di Hotel Selesa Pasir Gudang. Nanti sy share about menu dan yg berkaitan dengannya next entry ye..  =)

Monday, 8 July 2013

Ramadhan Kembali Lagi


Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah pada tahun ini. Jadi, sama-samalah kita memanfaatkan bulan ini dengan sebaiknya. Yang paling penting, anda perlu niat untuk berpuasa. Ingat lagi x?? Saya yakin anda semua pasti ingat, meh kita semak sama-sama.


Maaf atas kekaburan tulisan jawi, tapi anda juga boleh berniat dengan membaca tulisan rumi. Allah S.W.T Maha Mengetahui dan Memahami setiap hamba-Nya.

Demi memastikan kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari, jangan lupa untuk bersahur ye serta ambil lah supplement yang boleh membantu kita untuk kekal cergas sepanjang hari. 


After berniat puasa, bersahur, then menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, anda juga boleh melakukan amalan-amalan lain seperti :
  1. Membaca Al-Quran
  2. Berselawat untuk Nabi Muhammad SAW
  3. Membaca Al Ma'thurat dan berwirid sehingga matahari naik
  4. Niat yang baik sebelum bekerja/ belajar
  5. Solat Sunat Dhuha
  6. Membaca Al-Quran
  7. Solat Sunat Rawatib sebelum Zohor
  8. Solat Zohor
  9. Solat Sunat Rawatib selepas Zohor
  10. Solat Asar dan membaca Al Ma'thurat
  11. Menyediakan dan membeli barang keperluan untuk berbuka dan bersahur (elakkan pembaziran)
  12. Memperbanyakkan doa
  13. Berbuka puasa dengan kurma/ air terlebih dahulu
  14. Solat Maghrib
  15. Solat Sunat selepas Maghrib
  16. Solat Isyak
  17. Solat Sunat selepas Isyak
  18. Solat Tarawikh berjemaah
  19. Tadarus Al-Quran
  20. Niat berpuasa sebelum tidur
  21. Tidur awal supaya dapat dipertemukan dengan Lailatul Qadar
  22. Menghadiri majlis ilmu
  23. Bersedekah
  24. Beristighfar
Info-info yang saya kongsikan arini adalah ikhsan drp En GOOGLE. Sama-sama lah kita manfaatkan nya ya.

Sebelum saya terlupa, bagi penyediaan makanan sahur, anda boleh pastikan ianya sihat dan berkhasiat dengan menggunakan BIOZONE Food Purifier.

Bagi memastikan anda mendapat tidur yang lena dan mampu bangun dengan cergas semasa sahur, anda boleh menggunakan Bio Velocity Sleep Mate.

Salam Ramadhan semua. =)

Theya Ismail
 0137011786